Jika dapat diundurkan masa...
akan aku berada di situ....
Jika suria menerangi matamu...
maka terpancarlah kesedihan untukku...
harapan terakhir hanyalah untukmu...
berharap tiada tangisan untukku..
Setiap masa fikiranmu hanya padaku...
tetapi jika esok hari tanpa diriku...
fahamilah bahawa tuhan terlalu
menyayangi diri ini...
kerana itu aku pergi tinggalkan
dirimu...
Jika dapat diundurkan masa...
terlalu banyak yang ingin aku
lakukan...
tetapi semua itu sudah terlewat....
kerana kehidupanku di dunia sudah berakhir...
Aku yakin bahawa esok tiada lagi
untukku...
dan aku juga tahu tiada lagi kenangan
yang akan kita cipta bersama...
Engkau terpaksa teruskan hidupmu
tanpa ku...
Jadi apabila esok hari aku tiada
lagi...
andai setiap saat engkau fikir
tentang ku..
Ingatlah aku tetap di sini, dalam
hatimu...