”Ibu
ibarat bidadari...
Menghiasi
syurga kehidupan yang indah untuk di diami...
Ibu
ibarat pelukis...
Melakar kehidupan
yang bahagia untuk keluarganya”
Fahami dan renungkan:
"Kami
perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga
dengan susah payah. Kemudian ibu menyusui anaknya sehingga anaknya berusia 30
bulan.” (surah al-Ahqaf, ayat 15)
Nabi Muhammad SAW berkata:
"Apabila
seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang, Allah
memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang beribadah haji
mabrur."
"Keredhaan
Allah bergantung pada keredhaan ibu dan
bapa."
"Siapa
yang menziarahi kubur ibu bapanya pada setiap hari Jumaat, Allah
mengampunkan dosanya dan mencatatnya sebagai anak yang berbakti."
"Mencaci ibu
bapa orang lain sama seperti kita mencaci ibu bapa sendiri."
Doa seorang anak terhadap ibu bapanya:
"Ya Tuhanku,
kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka berdua mengasihiku sewaktu aku kecil." (surah al-Israk, ayat 24)
"Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa
menghormati dan berbakti kepada orang tua kami dan ampunilah mereka."