Sunday, April 13, 2014

Kalaulah Al-Quran Boleh Berkata-Kata



Kalaulah Al-Quran boleh bercakap, ia akan berkata:
“Waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku. Dengan wudhu’ kau sentuh aku. Dalam keadaan suci kau pegang aku. Kau baca aku dengan lirih dan keras. Sekarang kau telah dewasa. Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku. Apakah aku bacaan yang usang? Yang tinggal sejarah? Sekarang kau simpan aku dengan rapi. Kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu, dimakan kutu. Aku mohon peganglah aku. Bacalah aku setiap hari. Kerana aku menjadi penerang di dalam kuburmu nanti...”
Al-Quran itu pengubat jiwa, pemberi syafaat di akhirat nanti. Bacalah walaupun tidak memahami maksudnya kerana bacaan yang berterusan mampu memantapkan rohani dan menjernihkan hati. 

0 comments:

Post a Comment