Salam Jumaat sekalian,
Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Sabda Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai,
memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh
sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air
(beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)
Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum
mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, memakai haruman sebelum
ke masjid. Menurut riwayat Abu Hurairah:
Nabi Muhammad s.a.w memotong
kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat.
(Riwayat
al-Bazzar dan al-Tabrani)
Tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan
mengerat kuku pada hari tertentu. Ada hadis daif (hukum beramal dengannya
dibenarkan) meletakkan hari Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari
diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Justeru, sunat memotong kuku pada hari
terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.
Sumber: myMetro (31 Januari 2014)
0 comments:
Post a Comment