Friday, April 4, 2014

Hijau





 Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.

 Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu termasuk naga Eropah.

Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk penurunan harga saham.

Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.

  Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa digunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera.

 Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud".

Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan
perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam surah Al- Insan di dalam al-Quran, penghuni Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali.

Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.



 

Lantera Hijau (green lantern) dan Panah Hijau (green arrow) ialah superwira-superwira Komik DC.




 
Dalam siri-siri Power Rangers dan Super Sentai, semua Renjer Hijau berjantina lelaki. Manakala dalam "Super Sentai", Pahlawan Hijau adalah seorang wanita yang jahat.

0 comments:

Post a Comment