Assalammualaikum semua :)
Walaupun sibuk mana kita dengan urusan kita, luangkanlah sedikit
masa untuk seseorang sama ada keluarga, sahabat atau pun insan yang rapat dengan
kita. Cuba kita bayangkan bila kita dalam kesusahan dan kita memerlukan seseorang
untuk berkongsi masalah, namun seseorang itu mengatakan bahawa dia sibuk pada
masa itu dan tiada masa untuk mendengar masalah kita. Pada masa itu, mungkin kita
akan rasa apa yang orang lain rasa bila mereka memerlukan kita dan kita mudah
je cakap yang kita sibuk dan tiada masa untuk mereka...
Hargailah mereka yang kita kasihi sewaktu mereka masih
berada disisi. Mungkin saat ini mereka masih mampu bergelak tawa bersama kita.
Jangan disesali bila mereka sudah tiada nanti.:)
0 comments:
Post a Comment