Wednesday, April 23, 2014

Maksiat Dari Bumbung



Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Aku melihat berbagai jenis maksiat (bala dan musibah) turun dari langit, masuk ke rumah-rumah melalui bumbungnya dan merosakkan penghuni rumah itu.”
 (Riwayat Usamah bin Zayd).
Difahamkan ahli hadis tidak dapat memberikan penjelasan tepat dan wajar kepada peringatan ini sehinggalah kira-kira 65 tahun lalu. Hanya sekarang makna hadis itu jelas iaitu berbagai-bagai jenis maksiat, bala dan musibah itu dapat disaksikan melalui dasar langit terbuka. Pelbagai program tidak sihat dipancarkan ke udara melalui antena dan masuk melalui bumbung rumah sebelum dapat dilihat melalui televisyen atau komputer.



Sumber: Harian Metro (11 Januari 2012)



Bukan ilmu saja di hujung jari, maksiat dan dosa juga menjadi mudah dilakukan dan hanya di hujung jari gara-gara teknologi. Sedih bila remaja kini menjadikan perkongsian status dan aktiviti maksiat sebagai trend. Hilang semua malu dalam diri. Semua bergantung pada diri kita yang menjadi penentu sama ada ingin menjadikan kecanggihan teknologi ini penyebab ke neraka atau ke syurga. Sentiasa ingat untuk jaga diri, jaga maruah dan jaga agama. 


Doa supaya dapat menjauhi maksiat



“Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azab-Nya; Yang Melimpah-limpah kurnia-Nya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali.”
(Surah Al-Mu’min: ayat 3)




0 comments:

Post a Comment